Kali ini nak berkongsi mengenai sebab-sebab utama mengapa seseorang menghadapi masalah kewangan. Tak kira le, sama ada, ianya orang kaya ke, orang tak kaya ke, tua ke, muda ke, masalah ini tidak mengenal sesiapa pun.
Mereka yang bermasalah untuk membayar hutang menyatakan bahawa sebab utama kerana perbelanjaan perubatan yang sangat tinggi. Golongan ini adalah sebanyak 26%. So boleh dikatakan 1 daripada 4 orang yang menghadapi situasi. Memang betul, cuba le kalau anda sakit lepas tu pi klinik, demam biasa RM20 memang tak cukuplah. Itu tak termasuk lagi dengan pembedahan ke, pi klinik swasta ke. Sebab tu le kita digalakkan ambil insurance (ambil takaful ya).
Lagi satu sebab utama adalah pengurusan kewangan yang tak teratur. Golongan ini adalah sebanyak 25%. Bukan mudah kan nak urus kewangan, kena pulak kalau perbelanjaan selalu melebihi pendapatan. So berhutang le jawapannya. Apa kata kalau government buat satu matapelajaran khas bagi pelajar sekolah, i.e. menengah. benda ni kena terapkan lebih awal.
Yang ketiga ialah sebanyak 15% iaitu hilang kawalan penggunaan kad kredit. Ramai juga yang bankrup disebabkan credit card kan. Sepatutnya ianya sebagai mode of payment bukannya untuk kita berhutang. Kadar faedahnya sangat tinggi.
So sama-sama le kita cuba sebaik yang mungkin untuk menguruskan kewangan.
Sumber: thestar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment